Jumaat, 18 November 2011

Hati yang terluka..

Masihkah aku perlu berbicara,
tentang hati luka
tentang kasih yang hilang
dan hati pun terluka...

Apakah benar hati terluka
atau cuma mainan perasaan belaka
kerana dalam kelukaan yang terasa
Allah masih menabur RamatNya...

Kenapa asyik memikirkan hati sendiri yang terluka
mungkin ada hati orang lain yang terluka
pasti ada jika dihalusi
namun kerana hati sendiri terluka,
lupa seketika pada hati2 lain yang turut terluka dan dilukai..

Salahkah aku untuk membalut hati yang terluka
terpaksa melukaikan hati lain atau sebenarnya mereka tidak terluka
dan aku pun tidak bersalah..
dan sebenarnya
mereka turut gembira bila hatiku terluka
kerana aku mampu bangkit
dan hidup tanpa luka dihati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan