yatie d' kerengge !
Jumaat, 15 Mac 2013
Khamis, 8 November 2012
Sahabat
Sahabat bagiku...
yang sentiasa menasihati aku jika aku tersilap langkah
yang sudi menyapu airmataku tika aku menangis
yang turut tersenyum tika aku tersenyum
yang akan membenarkan aku jika aku benar
dan akan menyalahkan aku jika aku salah.
Sahabat bagiku,
hanya bercerita tentang keburukanku padaku
simpan baikku dihatinya
tahu kelemahanku namun menerima seadanya
tahu kelebihanku namun tidak menggunakanya
dan menghargai persahabatan.
Erti seorang sahabat bagiku,
aku ingin dia tahu aku menyayanginya
aku boleh menasihatinya jika dia salah
aku dan dia sama-sama mencari keredhaan Allah.

Jumaat, 27 Julai 2012
Selamat Menyambut Ramadhan..
Bersama anak2 ( sorang anak je...yang 2 lagi kat asrama) jauh dirantau dibulan ramadhan ni kekadang amat memilukan...gi terawih n sahur..ngan anak sorang je..terkenang yang dua lagi tu...alahai...sian anak omak..terkenang pulak kat kampung halamn yang lama ditinggalkan..nun di terengganu..adik beradik yang dah tinggal 5.. mak dan ayah yang hanya tinggal pusara..
aku kesepian disini..membawa hati yang lara sebenarnya..
Sabtu, 3 Disember 2011
Masak.Ungkep Ayam..
Nak masaknya senang je...aku suka masak ungkep ayam atau terung... bahan yang diperlukan ialah bawang, bawang putih, halia, kunyit,serai, ketumbar,jintan putih.....kalu nak pedas boh le cili api atau lada hitam..dan kerisik..bahan2 tadi dikisar dan masak bersama ayam/daging/teruung atau apa2 pilihan sendiri..Letak air untuk empukkan daging..tak perlu tumis...masukkan kerisik, asam keping dan garam secukup rasa...bila dah nak kering/pekat kuah...kira ok la tu...
Jumaat, 18 November 2011
yatie d' kerengge !: Hati yang terluka..
yatie d' kerengge !: Hati yang terluka..: Masihkah aku perlu berbicara, tentang hati luka tentang kasih yang hilang dan hati pun terluka... Apakah benar hati terluka atau cuma ...
Hati yang terluka..
Masihkah aku perlu berbicara,
tentang hati luka
tentang kasih yang hilang
dan hati pun terluka...
Apakah benar hati terluka
atau cuma mainan perasaan belaka
kerana dalam kelukaan yang terasa
Allah masih menabur RamatNya...
Kenapa asyik memikirkan hati sendiri yang terluka
mungkin ada hati orang lain yang terluka
pasti ada jika dihalusi
namun kerana hati sendiri terluka,
lupa seketika pada hati2 lain yang turut terluka dan dilukai..
Salahkah aku untuk membalut hati yang terluka
terpaksa melukaikan hati lain atau sebenarnya mereka tidak terluka
dan aku pun tidak bersalah..
dan sebenarnya
mereka turut gembira bila hatiku terluka
kerana aku mampu bangkit
dan hidup tanpa luka dihati...

Langgan:
Catatan (Atom)